BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, June 8, 2010

~solat mewarnai alam~

~Blog ni aku amik dari blog kawan aku yang memetik rencana Dr Zahazan. Thankx Amimfir... ~

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Perubahan warna ini semestinya memeberikan tenaga yang tersendiri memandangkan setiap warna ada frekuensi dan penyerapan yang berbeza (ermm ni konsep spektrum warna yang aku tau sejak sekolah menengah) . Contohnya la, kalu baby kena sakit kuning (jaundice), dirawat dengan lampu cahaya biru (phototherapy) untuk mengurangkan kadar bilirubin dalam darah(paras bilirubin tinggi sebabkan warna kuning pada kulit) ..

ok, jom hayati ulasan dia...

Waktu Subuh
Pada waktu Subuh alam berada d alam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid (mempengaruhi sistem metabolisma tubuh). Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sudah kurang mendapat tenaga dari warna biru muda ini..Rezeki kurang@payah dalam komunikasi? kita sama2 fikirkan

Waktu Zuhur
Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan... Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Yer la kan, kalu da sakit perut mana nak ceria kan...

Waktu Asar
Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduk tif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu .). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita. lagipun, kata orang2 tua kalu tidur selepas asar mewarisi kegilaan..kurang2kan lah yer walau penat mana pun kita waktu petang

Waktu Maghrib
Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la .) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang. Waktu maghrib antara waktu yang agak pendek, so kalu memulakan perjalanan seeloknya selesai menyempurnakan solat maghrib...orang tua2 cakap pun setan banyak time ni...hehehehe jadi ada benarnya nasihat mak ayah kita ni

Waktu Isyak
Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.

After midnite~
Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh. Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di'kurniakan' syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam.

Konklusinya, solat mewarnai alam, juga mewarnai diri kita..Lengkapi diri dengan solat sebab solat tu tiang agama kan? Kalu nak baca hikmah sujud yang khusyuk boleh menyalurkan tenaga negatif ke pusat bumi, buka sini http://myheartyra.blogspot.com/2010/05/semuanya-untuk-kita-jugapercayalah.html.. sahabat aku ni wat projek solat masa kat universiti, tapi kalu dia ada idea pasal medan magnet pusat bumi ni pasti meletup tesis dia..Bangga la FBI..hehehee

ok la, chiow dulu..letih tangan menaip

Thursday, May 6, 2010

Latest Tech of Dinding Tahan Gempa...

Beberapa minggu yang lepas, aku telah melawat ke sebuah tapak pembinaan rumah kepunyaan one of my dearest(SAAz) bos relatives..waa panas teriknyer waktu tu..aku difahamkan pembinaan rumah ni menggunakan panel..panel? aku pon macam tak pernah jek..selamat ke? waduh2 setelah aku amati rupanya panel yang digunakan adalah kepingan polisteryne yang di apit dengan dawai besi(wire mesh)...Setelah disusun menjadi dinding dan di simen, rupenya sama macam dinding biasa tetapi lebih nipis berbanding dinding bata(bricks) .so aku pun cuba surf mengenai kekuatan dinding panel ni .Panel dinding jenis ini ilham dari permasalahan gempa bumi yang mereka alami di Indonesia..So ni sedikit info yang berjaya dikumpul...Disebabkan technology ini berasal dari Indonesia, bahasa dia pun ade lain laaa..Aku rasa da banyak orang guna tech diorang tapi aku jek tak tau wakaka..



b-panel® terbuat dari apa?
1. b-foam® EPS (Expanded polystyrene)
Lapisan b-foam® EPS yang berada di antara dua lapisan Wiremesh.
Berfungsi sebagai bekisting, peredam suara dan thermal insulator.

2. Welded Wiremesh
Wiremesh non galvanis (diameter 3 mm).
Dibuat dengan spacing 8 cm x 15 cm.
Berfungsi sebagai penguat, pengaku, dan pengikat beton.

3. Connector Wire
Connector wire menembus EPS, dilas pada wiremesh.
Konektor ini menggunakan wire galvanis.
Berfungsi sebagai penghubung antara dua lapisan wiremesh

4.Plaster concrete
ketebalan 3mm disetiap sisi

Antara kebaikannnyer mengikut syarikat pengeluar asal, antaranya;
Light-weight
Fast and Easy installation
Saves time and money
Sound and Thermal Insulator
Able to withstand storms and earthquakes
Fire retardant and water resistant
humidity and turmite resistant
Energy saving
Flat and smooth surface, easier for finishing
Flexible, suitable for most building designs

Panel ni still kena import lagi la...takder buat local ker

nway, B-panel ada page sendri kat Facebook...lawat page dia http://www.facebook.com/pages/b-panel/230599835424?v=wall#!/pages/b-panel/230599835424

Wednesday, May 5, 2010

Akukah yang terleka???

Sekarang ni aku rasa kehidupan aku macam tough jek...adakah aku yang tak tahan dugaan ataupun memang Tuhan kala ni tengah menduga aku..Entahla, agaknya aku telah cuai dalam mengingatiNYa seperti mana aku cuai dalam menjaga gelang aku hari ini..Waaaa da ilang tanpa aku sedar cicir kat mane...uhuuhuuu.. cuainyerr la hai

Doa kelapangan dan penerang hati


“Ya Tuhan, lapangkanlah dadaku, mudahkanlah segala urusanku, dan lepaskanlah kekakuan lidahku, agar mereka mengerti perkataanku.” (QS. Thâha: 27)

Ya Allah...lapangkanlah dadaku...

Mutiara Hati http://nurjeehan.hadithuna.com/2007/02/doa-kelapangan-dan-penerang-hati/

Doa memohon perlindungan dari dukacita dan banyak hutang


Ertinya:“Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari kesusahan dan kedukaan. Aku berlindung kepadaMu dari lemah kemahuan dan kemalasan.Aku berlindung kepadaMu dari sifat pengecut dan bakhil. Dan aku berlindung kepadaMu dari banyak hutang dan kezaliman manusia.”

wanna more see http://nurjeehan.hadithuna.com/2007/02/doa-memohon-perlindungan-dari-dukacita-dan-banyak-hutang/

Agaknyer aku ni memang telah terleka dewasa ni..Doa2 ni sume dah jadi sebati ngan aku masa kecik dulu..zaman sekola agama petang..tapi skang..Allah beri nikmat..tapi kau lupa.Allah beri ingat tapi aku leka..

Ampunkanlah hambamu yang leka dan lupa, ya Allah...

Mogahidupku dilimpahi rahmat dan mendapat keberkatanNYa..begitu juga kamu dan kamu dan kamuuuu...Aminn